background

Saturday, February 5, 2011

ikhlaskan hati anda...(^_^)

Assalamu'alaikum :)


"Ikhlas ke tak aku belajar nie?"

"Ikhlas ke tak aku buat kerja?"

"Ikhlas ke tak aku pegi meeting?"

Orang cakap, kalau tak ikhlas baik tak payah buat dapat penat je.
TAPI percayalah ikhlas itu adalah satu proses.

Ikhlaskan diri kita bila kita buat something. Sentiasa perbaharui NIAT itulah yang terbaik.

Dah penah dengar kisah 3 orang sahabat nabi yang pergi berperang?
Kisah ini diceritakan oleh abah saya :D ...

Ade 3 org sahabat nabi SAW yang pergi berperang di jalan Allah. NAMUN, ketiga-tiga mereka mempunyai niat yang berlainan :

sahabat pertama : menginginkan harta rampasan perang
sahabat kedua : ingin menyelamatkan keluarga yang tertindas
sahabat ketiga :  nak tunjuk berani dan gagah

Ketiga-tiga sahabat ini ditakdirkan Allah, syahid dalam perang tersebut dan Rasulullah menerangkan bahawa ketiga-tiga mereka mendapat pahala jihad itu walaupun mempunyai niat yang berlainan.

kerana apa?? 

Kerana..apa yang penting ialah mereka ini PERGI berperang. Peristiwa ini menerangkan maksud ayat 41, surah at-Taubah.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Yang paling penting skali kawan2..adalah KEBERANGKATAN kita tersebut. Kalau dalam konteks yang lebih dekat, USAHA kita kearah sesuatu, tak kira la dengan rasa ringan ataupun dgn rasa berat, kita buat jugak. 

(tak kira la rasa ringan atau berat nak baca law n mgt, KENE BACA JUGAK!)

Yang penting kita usaha dan biarlah Allah yang menilai keikhlasan kita.

Semoga kita sentiasa ikhlas dalam apa jua yang dilakukan. yang penting kita berUSAHA kearah sesuatu itu dan kita jugak perlu BERUSAHA UNTUK IKHLAS. InsyaAllah :))



hmmm...semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam? kadang2 pada waktu malam, tiang bendera pun kita tak nampak inikan pula semut hitam di atas batu hitam kan? :)

p/s: Ya Allah pilihlah aku utk ikhlas..ikhlaskan hati ini utk mencari ilmu-ilmu Mu ya Allah.

No comments:

Post a Comment